Monday, October 26, 2009

Lebih Lidah Dari Akal

Tajuk ari ni ganas. Arakian sebabnya hari ini adalah hari kedua kena pergi parlimen untuk brief Timbalan Menteri tentang soalan yang akan dijawab. Timbalan Menteri ni bagus, walaupun soalannya lebih kurang macam soalan yang pernah dia jawab, tetap nak briefing supaya dia dapat present jawapan dengan baik katanya!Homework memang bagus. Bercakap tentang homework ni, memang diakui, I am not the rightful person to talk about this. Dari sekolah rendah sampai Universiti, kalaulah semua cikgu/pensyarah ku duduk bersama, 1 thing that they will mutually agreed is how hard to get my homework sent to them (hehehe........the next topic will be how did i score in my exam heheeh). Tapi bila dah tua ni and kerja dengan melibatkan orang yang gubal dasar atau hala tuju negara, nampak sangat homework atau preparation itu adalah keperluan.
Contohnya hari ni, lepas brief Timbalan Menteri tu, masuk jap dalam dewan sebab nak dengar perbahasan. Ada seorang MP ni (kalau sebut mesti kenal sebab dia terlalu outspoken) telah bercakap, yang hebatnya berhenti selepas kalam dilepas dari bibir. Itu saja. Tak lebih. Sebabnya, keluar je dari bibir, telinga dan otak ni terus proses dan tak boleh terima hakikat yang benda dia sebut. Dalam ucapan dia, dia sebut lebih kurang" Pegawai kerajaan kena berusaha dengan bersungguh untuk menjadi pegawai yang berKPI",. Sekali dengar rasa macam tak salah kan. Tapi kalau buat homework dan faham apa maksud KPI, maka ayat ni takkan keluar. Ayat ganas tapi maksud dia hampas. Taula sebab sekarang PM asyik sebut pasal NKRA, KPI and so on, jadi ramai la yang nak tunjuk mereka faham tentang benda ni depan bos, so hasilnya, memalukankan diri sendiri dan menghina tahap intelek pendengar.

Ni la dia gejala yang disebut sebagai taqlid buta. Ikut tanpa tau sebab dan akibat. Teringat jugak waktu di universiti dulu........ bila orang sibuk cakap pasal MBO, Fish Bone tool maka ramai la yang nak tunjuk mereka ni "in" dengan memMBO kan" semua benda dan "memfish bonekan" benda-benda yang tak masuk diakal. Sama juga waktu kerja ni, sebab semua orang cakap pasal blue ocean strategy so semua benda akan di blue oceankan tanpa tau sebab apa dan bagaimana. Terjajah dengan pasungan Budaya Berfikiran Hamba. Hasilnya???????? berKPI la !!!!!!!!!

P/S: Terdengar time mesyuarat di Parlimen tadi semasa Y.B Permatang Pauh berucap... ada orang kata kalau la ucapan tu di siaran langsungkan.........huh banyak kena buat homework tu. Satu lagi di Parlimen tadi MP (BN dan Pakatan) dah start bercakap tentang KSN.hmmmmm something to ponder.

Thursday, August 6, 2009

SALUT

Ada dua posting yang dah ditulis tapi belum siap. Posting berkaitan dengan medanku, pembasmian kemiskinan. Tentang lawatan kerja ke dua negeri.Tapi rasanya posting tu tangguh dulu. Walaupun terlalu sibuk sangat(bulan ni tak pernah ada weekend di rumah, dan mungkin dah terlambat, saya tetap nak rakamkan ini. 1 ogos ada orang kata hari bersejarah. ada yang mencemuh ada yang memuji. Tapi bagi saya hanya ada satu perkataan sahaja. SALUT! Bukan masalah pro atau tidak.....isunya ialah ruang bicara dan mengemukakan pendapat mesti dibuka!Ada yang kata himpunan itu menjadikan jalan jem, perniagaan tutup dsb. Saya yakin kalau tiada tindakan agresif dai mana-mana pihak, tidak ada orang gila saja-saja nak lari-lari atas jalan, masuk kedai dan sebagainya. Kalau kita tulus, benarkan laluan tertentu untuk siapa nak berarak, pastikan jangan banyak laluan, pasti dalam tempoh 1 jam semua ni selesai. Tapi bila tindakan luar lumrah yang diambil maka luar lumrahlah hasilnya. Ruang mesti dibuka. Saya amat kecewa kumpulan yang pro ISA tak jadi demo sama. Cari tarikh lain dan langsungkan juag. Biar orang dengar juga suara anda. Kumpulan anti ISA dah tunjukkan suara mereka walau disekat.
Hairan, kenapa suara mesti disekat.Islam tidak ajar sebegitu. Islam ini datang untuk mengatur sahaja bukan menyekat. Islam tidak halang nafsu manusia kepada jantina yang berlawanan, yang dibuat ialah diatur cara mana yang boleh untuk memenuhi tuntutan nafsu itu. Sebab itu Islam tidak menganngap nafsu seksual, nafsu harta dan segala jenis nafsu sebagai sesuatu yang hina bahkan dianggap sebagai perhiasan sebab tu diguna perkataan "zuyyina". Cuma bila pakai perhiasan ia mesti diatur dan di ajar. Takkan la sebab bedak tu perhiasan maka boleh di tabur sepenuh muka.tu bodoh! maka perlu ada cara menggunanya. Disitulah hadirnya Islam. Kalau ada yang tak sokong ISA ada juga yang tak sokong, biarkan, biar mereka nyatakan perasaan mereka. Bimbing sahaja supaya jangan jadi melampau.selesai masalah.
Tengok demo 1 ogos hari tu teringat pengalaman demo di UM. Dalam hidup di UM ni ada dua demo yang diketuai. Demo ni akan jadi ketagih kalau ada halangan. Tak percaya tengok la kesan dari 1 ogos ni :)

SALUT!

Bukan kau tidak berjaga jaga
Atau sudah kau hilang rasa
Mahu pun lupa cerita lara
Sampai sudah masih terkena

Berbelas berpuluh beratus kali engkau
Terbabas terhempas terpulas
Sama lu kita salut lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh

Sama lu kita salut
Lu memang jebat
Biar dah banyak parut masih lagi ligat

Dimata kita mereka buta insan kau cinta
tak berguna
Tak patut hidup di pentas maya
Biar saja digilis roda

Berbelas berpuluh beratus kali dia
Terbabas terhempas terpulas
Sama lu kita salut lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh

Sama lu kita salut lu memang jebat
Biar dah banyak parut masih lagi ligat
Kita semua memang lah suka mahu melihat
kau berjaya
Semoga kau dapat cinta yang indah

Sama lu kita salut
Lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh
Sama lu kita salut
Lu memang jebat
Biar dah banyak parut masih lagi ligat

Sama lu kita salut 2X

Lirik-Alyarham Loloq
(Katanya loloq tulis lagu ini pun untuk kumpulan yang seangkatan 1 Ogos jugak)

Monday, June 22, 2009

Boleh atau Tidak

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, bergerak juga posting dalam blog ni. Kata orang kalau tak pandai menulis susah hidup, tapi sebenarnya kalau hati tak hidup lagi susah. Sebab menulis ni mesti datang dari hati.Pertembungan antara rasa hatilah yang akan diluahkan dalam tulisan.

Sehari dua ni, dalam kepala ada 3 benda besar yang nak ditulis. Mungkin sebab dah lama peram, so semakin hari semakin banyak benda yang nak diluah. Tapi memandangkan satu benda tu macam dah nak settle so kalau tulis jugak akan jadi akademik je la. Tapi akademik pun kena tulis jugak sebab benda macam ni selalu jadi, so kejadian berulang ni perlu dirakam baru tontonan itu lebih terarah dengan tenang. Satu benda lagi ni pulak masih separuh masak.....so benda yang separuh masak ni tak semua orang boleh makan.....silap suap ..........apa yang dimakan hanya bernilai seperti apa yang dibuang saja! So satu topik ni je la dulu yang naik dulu..

Masa jadi student leader di peringkat UM dulu, salah satu bahan bacaan wajib yang perlu dibaca ialah sejarah mogok Baling dan Tasik Merah. Kiranya tak "in" la sapa yang nak jadi jurubicara(weh ...ada lagi ke istilah ni!) masyarakat kampus kalau tak baca/tau dan faham peristiwa ni. Peristiwa ni walaupun berbeza pelakon dan kronologinya tapi latarnya tetap sama iaitu kemiskinan. Masa itu, dalam kefahaman dan iktikad diri kemiskinan ni adalah mangsa kepada pembangunan yang dibawa oleh golongan pemerintah dan pemodal yang bersengkongkol. Mudah. Jadi apa sahaja agenda pembangunan yang dibawa wajib dicurigai dan disyaki kerana ia pasti akan memangsakan sebahagian rakyat. Lantas apa pilihan yang ada? Lawan!

Masa berlalu, sekarang menjadi penjawat awam, memang takdir Allah ni begitu sinikal kepada hambanya. Macam contoh nyamuk, kerana asyik hisap darah , Allah takdirkan bahwa yang bunuh nyamuk tu pun darah jugak. Sama la diri ni....dulu asyik lawan jugak..............Allah takdirkan masuk dalam "guk"(tak tau tanya orang ic 03) ni pulak. Harap bukan sebab Allah nak matikan la....cuma mungkin nak diuji. Bukanke manusia tu akan diuji dengan kata-kata?Moga berjayala dalam ujian ni dan kekal dengan akidah perjuangan yang sama dan mungkin sebarang prasangka dulu dapat disucikan kembali.

Ok balik kepada cerita asal. Bila jadi penjawat awam ni, 2 tahun pertama ditakdirkan bergaul dengan permainan politikus-politikus. Sampai sahaja masa untuk mendaki tangga karier, Allah takdirkan bertugas dalam lapangan yang selalu jadi flavour kepada orang politik, pemimpin pelajar, pengkaji, imam, dan semua la.Kemiskinan. Hmmm orang kata kalau kita tak merasa benda ni kita tak tau.Mungkin.Tapi apa yang pasti nampak sangat caturan Allah ni akan membuatkan kita tersenyum sendiri :)

Kemiskinan ni ada orang kata masalah, ada orang kata punca, ada orang kata sebab ada jugak orang kata akibat. Hmmm posting ni tak nak halusi apa itu kemiskinan. Sebab manusia takkan sampai kepada satu persepakatan mutlak tentang perkara ni. Ingat lagi, masa Jemaah Menteri putuskan supaya definisi dan kayu ukur kemiskinan ni diselaraskan, bukan sikit perdebatan, pergaduhan(gaduh mulut je tau) dan pertelingkahan minda yang jadi dikalangan penjawat awam, politikus dan ahli akademik. Masing-masing ada sisi pandang tersendiri. Tapi akhirnya satu definisi dan kayu ukur telah dapat diberikan. Walaupun banyak pihak persoalkan kayu ukur ni (ingat lagi Dato' Seri Zambry-masa tu masih exco perak- cuba dapatkan penjelasan tentang kayu ukur ni, payah jugak nak jawab sebab dia ada basic economy- thats all, nothing personal k!) tapi kerana sudah ada tall order dari kabinet, semua jentera kerajaan patuh. Cuma persoalan yang tinggal sekarang ni, boleh ke kemiskinan ni dibasmi?

Kalau dalam Al-Quran, Allah telah sebut bahawa ujian yang akan kekal kepada manusia ini adalah dalam bentuk "ju' wa naqsin minal amual wal anfus wa samarat" (Kelaparan, kekurangan harta, diri dan buah2) maknanya kemiskin akan terus kekal. So apakah usaha untuk membasmi kemiskinan ini satu usaha yang sia-sia atau lebih dari itu ia adalah satu usaha yang melawan takdir ilahi ?(pernah ada orang cakap macam ni oo!).

Perkara ini dilihat dengan cara yang lain. Bukan kemiskinan itu yang ingin dibasmi, kerana kemiskinan itu akan sentiasa wujud. Contoh kalau macam di Amerika, antara negara termaju dunia,kayu ukur yang digunakan untuk kategorikan orang miskin adalah golongan yang pendapatan mereka dibawah pendapatan median rakyat (ala ada jugak istilah boring ni). Put it in simple term... tahun 2007 mana-mana keluarga amerika yang bersaiz standard, sekiranya pendapatan bulanan mereka adalah dibawah USD4,186 akan dikira miskin.( Di Malaysia ni kalau kita amik USD 4 ribu sama macam RM4 ribu, lebih separuh rakyat Malaysia ni Miskin tau! termasukla kebanyakkan penjawat awam!) So kayu ukur miskin ni akan sentiasa/boleh dialihkan(ala macam gred periksa la).Lantas isu yang penting apa?kita tidak boleh ghairah membelasah sesuatu isu tanpa mengetahui adakah itu yang harus jadi tumpuan. Asal sakit kepala je makan panadol dah tak boleh dah!.

Yang penting ialah fokus kepada kumpulan sasaran=manusia. Walau apa pun garis kemiskinan tu, yang pentingnya ialah orang. Sebab itu Islam tidak begitu susahkan sangat takrifan miskin tapi dalam penentuan kumpulan penerima zakat (asnaf) begitu teliti. Jesteru kalau nak di buat dasar, dasar itu WAJIB berorientasikan manusia, dibina dikeliling kepentingan manusia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) contohnya, asalnya dibina atas dasar ini (kepada pembenci DEB nanti kita bincang ye!), Sebab itu dalam tempoh dua puluh tahun (1970-1990) kadar kemiskinan berjaya diturunkan dengan purata kadar penurunan sebanyak 20%. (1990-2008- kadar hanya turun dalam 4% sahaja-something is wrong then!). Program yang dirangka juga harus bersekitar manusiawi dan affirmatif(sapa kata dasar affirmatif bukan islamik, kita cakap nanti ye!). Sebab itu bila ada syarikat/pemodal yang cuba nak dapatkan dana dari kerajaan untuk sesuatu projek dengan menunggang (riding) atas nama membasmi kemiskinan mesti dilihat balik. Bukan tidak ada kes itu sepanjang pengamantan. Ada! Lantas ketegasan harus ada, manusia itu dahulu, projek itu harus mengekori dan bukan sebaliknya. nelayan miskin itu dahulu, pengenalan teknologi perikanan yang akan mengurangkan penglibatan nelayan itu kemudian!(bunyi macam anti establisment balik kan :) )

Walhasil, terjawab atau tidak persoalan, boleh atau tidak kemiskinan itu dibasmi? Jawabnya: buat apa? sekadar nak menunjukkan statistik yang cantik dalam laporan, sekadar nak jadi perisa kemegahan mereka yang nak bermegah? Yang penting ialah orang miskin itu dibantu dan dikeluarkan dari putaran ganas kemiskinan ini. Bukankan membantu orang miskin itu adalah tugas agama dan menafikan bantuan kepada mereka itu mendustai agama? (Al-Maun: ayat 1-3)

Abu Auni

Saturday, June 20, 2009

Harap kali ni jadi...sekali lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Manusia ni hidup penuh dengan azam. Hakikatnya tanpa azam mungkin manusia akan masih tinggal bawah pokok kayu. Yelah kalau takde azam pastinya Ibnu Firnas takkan berani cuba idea "manusia terbang" dia (seribu tahun sebelum wright bersaudara ok!). Walaupun pendaratan dia gagal,tapi dia ada azam dan azam dia jadikan dia terbang!(literally). Hmmmm..tapi azam pulak kalau tak dikerjakan akan jadi angan-angan, paling tinggi sikit pun jadi slogan la. Contoh? banyak. Tak payah nak dihuraikan sebab....awal-awal start kereta tak payah tekan minyak terus........boleh rosak enjin woooo!. So azam nak tulis blog ni dah lama. Tengok ramai orang yang dah tulis blog. Ada yang boleh jadi jutawan dengan cara tulis blog (bukanla niatnya macam tu) dan ada jugak jadi tahanan lokap pasal tulis blok!So kenapa nak tulis blog. Macam-macam sebab orang bagi dari yang paling simple sehinggalah menjadi falsafah (boleh buat phd oo!). For me (saja tulis for me, sebab tak tau lagi nak guna saya=skema, aku=kasar kot, ana=hmmm mungkin tak atau gua=not really who i am), blog ni ditulis untuk rakam apa yang terjadi. Ye la kalau zaman batu dulu, orang zaman batu akan susah-susah toreh dinding nak rakam kejadian diorang nampak mammoth takkan la kita zaman sekarang tak boleh jadi perakam waktu dan kejadian. In fact, (lebih santai dari guna bahkan, kan?) Ajaran Islam sampai ke seluruh dunia dan dapat dipelajari dengan penuh keyakinan dan mudah disebabkan ada perakam-perakam waktu dan kejadian ni la.
Apa yang nak ditulis. Kesemuanya yang melintasi pancaindera ni walau dalam posisi apa pun. Posisi apa? Hmmm... posisi seorang hamba tuhan ke, umat Nabi ke (harap diterima lah), manusia ke, rakyat Malaysia, anggota Kerajaan ke, anak ke,suami ke, ayah ke atau warga planet ni. Semua posisi ni akan dirangkumkan (hmmm tukar skit frasa belakang tu..... bunyi macam skima sangat.....semua posisi pun ok je). Jadi kalau contengan orang zaman batu akan jadi bukti kepada sesuatu, harap tulisan ni jugak akan jadi bukti kepada sesuatu. Hidup perlu keyakinan, keyakinan hanya akan ada dengan bukti. Keyakinan tanpa bukti adalah penipiuan dan pencabulan. Pencabulan kepada hak mindak. Ok,baik stop kat sini sebelum jadi terlalu berfalsafah. Apa yang akan ditulis lepas ni...banyak niatnya sebab dah lama tertunggak..tapi biarla jadi dulu...kalau tak azam akan hanya jadi lebih rendah dari tulisan orang zaman batu!